Monday, September 8, 2008

PENUNDAAN LIGA SUKAN

Bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini semua aktiviti liga sukan yang dipertandingkan telah ditangguhkan buat sementara waktu dan akan bersambung semula apabila selepas raya


"HARAP SEMUA PELAJAR MAKLUM AKAN PENAGGUHAN TERSEBUT"

Thursday, July 17, 2008

UMS-KAL SEA & BEACH INTERVARSITY CHALLENGE

26-27 JULAI 2008

BEACH SOCCER
BEACH VOLLEYBALL
KAYAK RACE
KAYAK RELAY RACE
IRONMAN
IRONWOMAN

Kepada semua pelajar di UMS mahupun di semu IPT di Malaysia sertailah dan datanglah ke "UMS-KAL SEA & BEACH INTERVARSITY CHALLENGE" yang akan berlangsung di kolej antarabangsa labuan UMS yang menawarkan aktiviti dan hadiah-hadiah menarik.

"Datanglah beramai-ramai"

UMS-KAL

Monday, July 14, 2008

Pesta Konvo Tamu Gadang bakal dianjurkan sempena Minggu Konvokesyen tarikh (18-25 Ogos 2008) Antara aktiviti sukan yang dianjurkan seperti bola sepak 9 sebelah, bola keranjang 3 on 3, hoki 6 sebelah, dan futsal wanita 4 sebelah.. jadi pa lagi, marilah sama-sama memeriahkan cuti minggu anda aktiviti sukan. sertai Sukan Konvo Tamu Gadang ke-10.. Tarikh sukan Konvo 23-24 Ogos 2008.


Sila dapatkan borang dan pertanyaan lanjut di
UNIT SUKAN UMS, ARAS 1, KOMPLEKS SUKAN UMS (088-320376/320000 ext 3485)


Tuesday, June 17, 2008

Suara pelajar...!!?////

Pada bulan Jun yang lepas suatu mesyuarat sukan yang melibatkan beberapa universiti di Malaysia telah dibuat bagi membincangkan sukan pelajar di IPTA&IPTS bertujuan bagi memajukan aktiviti kesukanan di setiap universiti. Mesyuarat yang telah dijalankan itu menunjukkan usaha badan-badan pelajar dalam membawa mahasiswa kepada kemajuan dalam aktiviti kesukanan di universiti, negara dan seterusnya kepada peringkat global.

MSP.....!!!

Suatu pertubuhan yang akan menghimpunkan semua kelab/persatuan sukan yang ada di UMS akan ditubuhkan tidak lama lagi bagi menjaga kebajikan pelajar khasnya yang banyak terlibat dengan aktiviti kesukanan. Pertubuhan yang akan dinamakan sebagai MAJLIS SUKAN PELAJAR(MSP) ini sedang giat disusun dan diatur bagi memajukan lagi sukan di UMS. Nantikan perkembangan seterusnya.........

Tuesday, June 10, 2008

TAWAR MENAWAR

Sahabat-sahabat sekalian
dewasa ini kita terpaksa mengakui akan kewujudan pusat-pusat akademik yang tumbuh bagai cendawan. Keadaan tersebut memanglah suatu budaya yang sihat terutamanya kepada negara yang sedang membangun ke arah hub-hub pendidikan. Walaubagaimanapun, yang membimbangkan masyarakat pada ketika ini adalah bagaimana keseimbangan diantara pengeluaran graduan yang bakal diterima dan pekerjaan yang ditawarkan dipasaran kerja.
Saya memandang isu tersebut sebagai suatu isu yang semakin kritikal jika tiada langkah drastik yang diambil. Pihak universiti juga perlu mengkaji semula kerelevanan setiap kursus atau program yang ditawarkan. Bukti keadaan yang sedemikian adalah pengangguran yang "mohon izin" semakin berlambak di Malaysia khususnya.
Akhir kalam "MAHASISWA PENERAJU KEUNGGULAN UMMAH"