Tuesday, June 10, 2008

TAWAR MENAWAR

Sahabat-sahabat sekalian
dewasa ini kita terpaksa mengakui akan kewujudan pusat-pusat akademik yang tumbuh bagai cendawan. Keadaan tersebut memanglah suatu budaya yang sihat terutamanya kepada negara yang sedang membangun ke arah hub-hub pendidikan. Walaubagaimanapun, yang membimbangkan masyarakat pada ketika ini adalah bagaimana keseimbangan diantara pengeluaran graduan yang bakal diterima dan pekerjaan yang ditawarkan dipasaran kerja.
Saya memandang isu tersebut sebagai suatu isu yang semakin kritikal jika tiada langkah drastik yang diambil. Pihak universiti juga perlu mengkaji semula kerelevanan setiap kursus atau program yang ditawarkan. Bukti keadaan yang sedemikian adalah pengangguran yang "mohon izin" semakin berlambak di Malaysia khususnya.
Akhir kalam "MAHASISWA PENERAJU KEUNGGULAN UMMAH"

1 comment:

Hilal Azmi said...

Tepat sekali... apa yang diharapkan, jatidiri pelajr IPTS nie xla terhakis. Ini kerana bilangan mereka ini sangat ramai jika dibandingkan dengan IPTA. Jadi, sekiranya dakyah Barat telah menguasai pemikiran siswa di IPTS, takut2, impian kita untuk menjadi negara maju pada 2020 nanti xdapat pula...