Tuesday, June 17, 2008
Suara pelajar...!!?////
Pada bulan Jun yang lepas suatu mesyuarat sukan yang melibatkan beberapa universiti di Malaysia telah dibuat bagi membincangkan sukan pelajar di IPTA&IPTS bertujuan bagi memajukan aktiviti kesukanan di setiap universiti. Mesyuarat yang telah dijalankan itu menunjukkan usaha badan-badan pelajar dalam membawa mahasiswa kepada kemajuan dalam aktiviti kesukanan di universiti, negara dan seterusnya kepada peringkat global.
MSP.....!!!
Suatu pertubuhan yang akan menghimpunkan semua kelab/persatuan sukan yang ada di UMS akan ditubuhkan tidak lama lagi bagi menjaga kebajikan pelajar khasnya yang banyak terlibat dengan aktiviti kesukanan. Pertubuhan yang akan dinamakan sebagai MAJLIS SUKAN PELAJAR(MSP) ini sedang giat disusun dan diatur bagi memajukan lagi sukan di UMS. Nantikan perkembangan seterusnya.........
Tuesday, June 10, 2008
TAWAR MENAWAR
Sahabat-sahabat sekalian
dewasa ini kita terpaksa mengakui akan kewujudan pusat-pusat akademik yang tumbuh bagai cendawan. Keadaan tersebut memanglah suatu budaya yang sihat terutamanya kepada negara yang sedang membangun ke arah hub-hub pendidikan. Walaubagaimanapun, yang membimbangkan masyarakat pada ketika ini adalah bagaimana keseimbangan diantara pengeluaran graduan yang bakal diterima dan pekerjaan yang ditawarkan dipasaran kerja.
Saya memandang isu tersebut sebagai suatu isu yang semakin kritikal jika tiada langkah drastik yang diambil. Pihak universiti juga perlu mengkaji semula kerelevanan setiap kursus atau program yang ditawarkan. Bukti keadaan yang sedemikian adalah pengangguran yang "mohon izin" semakin berlambak di Malaysia khususnya.
Akhir kalam "MAHASISWA PENERAJU KEUNGGULAN UMMAH"

Subscribe to:
Posts (Atom)